Sedekah itu amalan mulia

20120311

3 perkara yang buat dia menangis

Assalamualaikum.
Peace be Upon You.

Rasa macam dah lama tak update pasal Myra.

My baby-sis-yang-dah-tak-berapa-nak-baby-tapi-still-my-baby sekarang ni dah nak masuk umur 5 tahun.
Dia pagi sekolah PASTI, tengahari sampai petang dia pergi Tadika (Cina) Desa jaya. And yerp, by the end of the day, dia kepenatan. Tidur sampai isyak, terpaksa bangunkan sebab ada homework nak buat. Lepas buat homework dia sambung tidur.

Honestly I do feel thats a bit too much for a 5 years old kid. But my bro, me, my first sis, went thru the same thing. And alhamdulillah we turned out fine. She's a tuff girl. She can handle it. Besides, she looks happy. And getting chubbier each day. So tembammmm..!

When she baca doa before makan at the dinner table, or she said 'xie xie', it makes us feel, proud. Haha. Oh and whenever I saw her tulis her ABC or buat kerja sekolah cina dia, I feel old. Coz my baby sis is growing soooo fast....~

Ok enuf about that. I wanna share with my readers *yang rasa blog aku tak memberi manfaat bila baca, sila la tekan X tu* three things yang boleh buat Myra nangis dalam masa sesaat!

3rd ;
Dia akan nangis dengan lajunya kalau dia kata 'taknak kawan adik dah!! nak cari adik baru!!'.. Ayat ni selalunya aku pakai kalau dia degil. Suruh jangan main, dia main gak. Jangan usik, dia usik gak. So cakap la camni 'adik degil la!! akak taknak kawan adik dah. nak cari adik baru. adik yang tak degil macam adik!!'. Dia akan meraung kuat-kuat lepas tu bila kita pujuk dia akan demand kita cakap sorry. Habis dia degil dia tak cakap sorry pulak! Haha. Tapi bila suruh dia cakap sorry dia ambil tangan kita pastu salam.

2nd ;
Dia akan menangis sekelip mata kalau aku pergi peluk mak/ayah/adik perempuan/abang/kakak ipar/bibik lepas tu cakap 'ni mak/ayah/adik perempuan/abang/kakak ipar/bibik kiteeeeeeeeeeeeeeeee'. Serius!! Tu cara sakat paling senang. Misal kalau dia tengah diam tengok tv, hati nurani seorang kakak yang suka menyakat, aku terus pergi peluk sesiapa yang ada dekat kat situ, misalnya mak, lepas tu cakap 'ni mama kiteeeeeeeeeeee'. Dia akan nangis kuat gile! Airmata keluar berjujuran. Haha. Tapi dalam semua orang, Myra paling sensitif kalau kata 'ni abah kiteee'. Kalau ada mak dan ayah aku serentak, peluk mak lepas tu cakap 'ni mama kiteeee', dia tak kisah sangat, dia pergi peluk ayah dia. Tapi kalau peluk ayah lepas tu cakap 'ni abah kiteeeeeeeeeee', dia mengamuk sakan! Dia datang kat aku lepas tu tolak-tolak aku. Kalau aku kata 'ni abah akak juga la. kena la share!'. Dia tolak jugak. Lastly ayah aku tolak aku lepas tu peluk Myra sebab dia rimas Myra nangis kuat sangat.

And selalunya lepas aku gurau camni, aku akan dimarah oleh mak/ayah sebab sakat Myra bagi nangis. Mak aku cakap 'dosa tau awak dengan sengaja jatuhkan airmata adik'. Alaa ma, gurau-gurau je. Hihi.

1st ; *jengjengjeng*
Kalau aku usik bantal busuk dia. Bukan saja aku. Orang lain usik pon dia marah. Pernah sekali, my family pergi Bandung. Kat airport kan kena lalu scanner tu. Aku ambil bantal Myra letak kat scanner. Tiba-tiba dia mengangis kuat gile!!! Marahkan aku. Orang belakang semua terkejut. Dia nak balik bantal dia. Puas mak aku and aku pujuk cakap bantal ni kena lalu scanner. Pakcik tu *sambil tunjuk pak guard* nak check. Dia mengamukkkkk weh. Last-last makcik guard kat situ kata 'takpe la takpe. tak payah lalu scanner'. Aku ambil la balik bantal tu bagi kat Myra balik. Lalu la yang metal-detectors tu. Makcik tu kata 'kalau makcik pegang jap boleh?'. Myra mendengus marah. Last-last dia kata 'takpe la. takde apa la kot dalam bantal tu. dah-dah sila jalan'. Malu weh!!! Myra ni. Bukan nak ambil pon bantal awak. Check je!! ish buat maluuuuu.

Sampai sekarang bantal dia sangat penting dalam hidup dia. Kadang-kadang dia seludup masuk dalam beg nak bawak pergi sekolah tapi pagi-pagi bibik akan check bag dia tengok ada tak bantal. Somedays. especially kalau mood dia off, ada bantal tu. But now takde dah. tapi bantal busuk tu mak aku bli 2-3 sebab kalau satu basuh, satu lagi akan buat spare. TAK BOLEH LANGSUNG TAK ADA BANTAL BUSUK.

Tu la 3 perkara yang boleh buat Myra mengamuk. Hihi.

Kalau makanan/minuman tu sedap, she'll say :
Ummmm, so goooooddd!! 
So cute!! Hihi..

Ok bye!

No comments:

Related Posts with Thumbnails