Peace Be Upon You.
Hye y'all. Oh wow lama gile tak update blog. Like sebulan lama. Jap ambil vacuum sedut habuk jap.
*vacuummm!! teringat Myra takut bunyi vacuum*
Ok mengarut.
Ikutkan hati banyak sebenarnya nak share sejak kerja kat hospital ni. BANYAK!!! Tapi oleh kerana banyak sangat last-last jadi takde benda nak cerita. Haha.
Aku dah tamat 1st station aku, TPN (Total Parenteral Nutrition). TPN ni bagi kat pesakit yang takleh makan secara oral. Also to baby premature. Baby prem sangat kecil. Masa mula-mula aku masuk NICU (ICU untuk Neonates) aku sangat kesian tengok baby yang berat tak sampai sekilo. Memang kecil sangat. Lepas tu cucuk sana sini masuk ubat itu ini. Doc cucuk lagi sebab ambil darah. Kesian tau. Clerk case dalam tu kena cepat sebab macam tak sampai hati dengar baby menangis.
TPN tamat minggu lepas sebenarnya tapi tadi aku baru habis presentation so rasa macam dah habis-sehabisnya!! Lega weh!!
Bila masuk minggu 3 baru aku rasa best je TPN tu. Ada yang tak best tapi biarlah aku je tahu mengapa. Haha. Tapi best la. Banyak gak yang dipelajari. And hope habis TPN tak membuatkan aku lupa ilmu TPN.
So alhamdulillah, the presentation went all. Semua stress sampai tak lalu makan dan on9 tu berbaloi akhirnya. Haha. Now aku kat STOR. Buat masa ni aku baru seminggu kat stor. Blur-blur lagi. Basically pasal keluar masuk ubat la.
Ok dah enough pasal kerja ye.
Lately, aku sangat merindui Bandung dan Jatinangor. Aku rindu cuaca sejuk, rindu makanan, kawan-kawan. Dan antara yang aku rindu ialah bekas-bekas housemates aku.
Fyi, 29 April and 30 April was Kak Aimi and Miss K punya birthday. Tahun lepas, aku celebrate birthday dorang bersama-sama. Best gile. Tahun ni tak dapat :(
Kak Aimi and Miss K was my housemates masa tahun 2007 2008 2009 dulu. And thats the 1st time aku bebetul rasa dapat kakak. Kakak yang sometimes layan manja aku. Sometimes garang sebab sepahkan rumah. And dorang la yang ajar aku masak!! Hehe. Bagi nasihat and semangat and banyak la! And lucky me I have 3 kakak sekaligus!! *termasuk kak farah*.
And till now, whenever I need nasihat or some support, dorang will be orang pertama yang aku cari. They always told me to be strong, be tough, doa banyak-banyak, tawakal. Seriously their words akan buat aku rasa sedikit lega. Knowing ada orang yang really love me for who I am and support me without doubt.
Masa birthday aku, Miss K wrote note kat FB. Apa dia tulis tu sangat sweet sampai tak mampu nak ucap dengan kata-kata. Haha. I cant thank her enough!!
so, happy birthday to Kak Aimi and Miss K. Semoga Allah sentiasa merahmati akak-akak dan semoga perkenalan kita kekal hingga ke hujung nyawa. Terima kasih tidak terhingga atas segala nasihat, tunjuk ajar dan nasihat serta doa. I really love you guys!
Also Kak Farah yang lama tak contact tapi Bal tak pernah lupa, I miss you too :)
After Kak Aimi, Kak Farah and Miss K pindah keluar untuk ber'koas' di Bandung, Badihah, Nadia Izzaty (Nimy) and Saadah jadi housemate aku tahun 2010 and 2011. Walaupun aku paling senior kat rumah tu, aku still paling muda :P
Rindu juga kat mereka. Rindu Bad yang best kalau disakat, Nimy yang boleh borak-borak pasal love-love *hehe* and Adah yang suka sakat gatai. I miss when I said to Adah 'weh aku malas mandi, mandikan!'. Dia akan kata 'meh sini' sambil bebetol pergi tandas. Haha!! Rindu!!! And baru-baru ni dapat berita cakap Nimy bakal berkahwin. Mei ni. Kedah dengan Kelantan tak jauh kan? Yeay!!!!
Me, Kak Farah
Kak Aimi and Miss K
Kak Aimi and Kak Farah pindah,
Nimy and Badihah pulak masuk.
Miss K pindah, Saadah pulak join
They say you have to be good to meet good people, or something like that la. But aku rasa aku taklah baik mana sampai diri yang tak seberapa ni dapat bertemu and berkawan dengan dorang. But one thing I can be sure of, is that they have changed me, in sooo many ways, become a better person and most importantly a better muslimah. Alhamdulillah..
May Allah guide them in everything they do
Ease every burden that they hold
And inspire them in anything that they plan to achieve
Amin...
Rindu PEDCA E1!!!








No comments:
Post a Comment