Sedekah itu amalan mulia

20120727

Berbaloikah?

Assalamualaikum.
Peace Be Upon You.

Ada satu benda yang aku selalu fikir sejak aku duduk OPD (Out Patient Department).

OPD tempat pesakit luar ambil ubat. And setahu aku tak perlu bayar. Masa daftar bayar seringgit je. Means dari duit rakyat untuk rakyat jugak.

Seperti enrty lepas aku ada bagitahu, penyakit 3 serangkai tu paling popular. And ubat untuk 3 serangkai ni banyak gilaaa. Nak maintain blood pressure, nak maintain jantung, nak maintain insulin, takleh hyper takleh hypo, bila ubat dah banyak nak kena jaga perut, makan pulak ubat gastrik. See, lecehnya bila kita tak jaga kesihatan.

Sebelum masuk OPD aku dah masuk stor. Masa aku masuk stor, aku agak terkejut tengok harga ubat yang bukannya murah. Like seriously, tak murah langsung! Sekali pembelian ubat untuk 2-3 bulan punya stok boleh cecah berpuluh ribu ringgit. Kalau fast moving punya ubat, bayang sendiri.

Itu ubat. Peralatan ingat tak payah beli? Segala saiz tiub, segala jenis face masks, segala jenis sarung tangan, sehingga sekecil jarum untuk cucuk insulin, mahal tahu tak?

So masa di OPD, bila tengok patient banyak gilerrrrrrrrrr ubat, then dorang sendiri mengaku 'banyak sangat la ubat, tak termakan'. I was like 'dehek?? lu taknak jaga kesihatan, ni dah sakit, bagi ubat taknak makan. lu bazir duit tahu?'..... But I tak cakap kuat la. I just cakap 'jangan macam tu pakcik/makcik. ubat kena makan. nanti sakit. bazir ubat kalau tak makan. pakcik/makcik ada stok banyak ubat yang mana? bagi balik la, biar saya check. kalau elok lagi kita simpan untuk bagi pesakit lain'...

Syarat di hospital juga, kalau untuk patient yang perlu bekalan ubat lebih daripada 1 bulan, kami mesti bagi bekalan per bulan. Misalnya if doctor bagi patient tu bekalan selama 6 bulan, datang balik jumpa doctor selepas 6bulan, kami tak boleh bagi 6 bulan straight. Ada patient marah sebab menyusahkan dorang kena datang lagi hospital ambil ubat. Tu pasal kita sediakan bermacam jenis kemudahan. Drivethru, SPUB, UMP, etc... Tapi bila ubat banyak tak makan pulak......

Honestly, kalau orang yang tak berapa educated dia takkan faham kenapa ubat perlu dihabiskan, perlu makan and jangan bazir. Thats why salah satu kerja farmasis ialah bagi penerangan selengkapnya why they have to finish their meds. Esp ubat antibiotik.

Tapi kalau orang yang agak educated, dia akan faham. Ubat mahal.

This true story happened few days ago. Aku bekerja di bahagian filling. My friend di bahagian kaunter, dispense ubat. Lepas habis kerja kami borak. She said 'orang yang agak educated je faham ubat mahal'. I asked her kenapa tiba-tiba cakap camtu?

She said a doctor datang ambil ubat because doctor tu sendiri sakit. He said nak beli ubat kat luar mahal. Then my friend cakap ni ubat biasa. Ubat list A, ubat KPK, ubat case by case, semua mahal. Jangan lupa ubat RVD.

The doctor tanya berapa ubat RVD? My friend jawab boleh cecah ribu untuk satu patient. Then the doctor tanya balik my friend 'u rasa berbaloi ke bagi ubat mahal macam to them?'

Ok for those yang tak tahu, RVD stands for Retro-viral Disease. Senang cakap HIV. Ubat ni mahal. Maksud pertanyaan doctor tu tadi adakah orang yang HIV ni layak dapat ubat mahal ni?

Soalan tu agak straight forward. Tapi it makes me wonder. HIV dapat macam mana? Berkongsi jarum, sex bebas, dll yang korang sendiri tahu. So layak ke dorang dapat ubat yang mahal ni sedangkan dorang made a stupid choice?

Kalau aku filling ubat RVD, aku akan tengok umur and jantina pesakit. Kalau wanita dan budak, aku akan rasa kesian sangat..... Tempoh pengambilan ubat RVD ni sepanjang hayat tau!

Tapi tak fair jugak bila kita tuduh semua pesakit HIV/AIDS ni macam-macam. Ada yang dapat from orang lain. Contoh wanita, suami dia penagih, dapat HIV, buat seks dengan dia, dia kena, lahirkan anak, anak pon kena. See?

Macam mana dengan methadone? Ubat air yang semerah sirap yang diberi kat penagih dadah untuk kurangkan rasa euphoria dorang tu. Methadone ni hari-hari minum. Kalau tak rasa high tu datang balik. Bukan cakap methadone ni can cure rasa ketagihan tu. Tapi kita nak elakkan penagih ni kembali menagih, nak kurangkan jenayah sebab taknak penagih ni jadi pencuri untuk beli drugs.

So bila my friend tanya soalan 'what do you think bal?'.. Aku terkedu. Then she sambung, 'kalau budak-budak I kesian. You dah pergi MTAC RVD? Kalau you pergi mesti you sedih tengok budak-budak tak bersalah tu. Agak-agak macam mana life dia lepas ni.'

Hanya Allah yang tahu. So kawan-kawan, janganlah buat benda tak bijak masa kita muda. Jangan duk fikir YOLO je. Kita Islam, kembalilah kat Islam.

And sila jaga kesihatan.

ubat RVD

p/s : my friend said tak berbaloi. 


2 comments:

gabeng said...

1."What the brain doesn't know, the eyes cannot see" - by Pak Cik Ketayap Putih Singlet Pagoda.
Patient bernama Jauhari saja yang dapat mengenal nilai ubat Manikam itu. Give them the knowledge.
2.We try to be as unbiased, non-judgemental as possible like kim possible.

-asma- said...

Yes, ubat tu mmg mahal tapi kite kene educate patients so that they can help us to cut down our budget. For example, kalau stakat URTI or demam for 1 week, pergi pharmacy beli PCM dah cukup. Tak perlu kita supply PCM macam curah air lam tempayan.

And Yes, they deserve to get the medicines because that's their right as Malaysians. You have to remember that. Doctor tu sakit apa?.. Kalau T2DM or HPT, sila jgn tanya soklan macam tu sbb beliau pon cari penyakit sendiri.

Related Posts with Thumbnails