Sedekah itu amalan mulia

20120723

bubur oh lambuk

Assalamualaikum.
Peace Be Upon You.

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-3 berpuasa. Aku pulak 1st time berpuasa sebagai orang bekerja dan di Kelantan. Work load time puasa tak berkurang sangat pon. Banyak je kerja. Kerana ramai orang sakit di Malaysia ni. Esp sakit tiga serangkai (darah tinggi, kencing manis, jantung). So disini nak ambil kesempatan untuk nasihatkan semua readers, seriously jagalah kesihatan anda. Jangan kata umur muda takpe, tak payah jaga. Time dah tua, dah kena, baru nak terngadah ke? Jangan makan manis-manis, jangan makan masin-masin, jangan merokok, jangan macam-macam la!!

Tapi kalau rasa nak ambil 10-12 jenis ubat telan/ubat cucuk bila dah berumur 30-40 tahun, sila lah....

Last week I went to Bandung. Will post about my trip to Bandung later.

Regarding the tittle of my entry, dimana di Kota Bharu ni nak dapat bubur lambuk haaa? Aku rindu la. Kalau kat KL senang je dapat.

Kalau betul kat KB ni takde bubur lambuk, aku akan google resepi, beli bahan dan buat sendiri!!

Cuti raya dah pohon. Lulus tak lulus belom ditentukan lagi. Tapi tiket pergi dan balik aku dah beli. Tiket flight pulak tu. MAHAL pulak tu!! Urghh!! Doakan aku dapat cuti ye.

Ok. Semoga Ramadhan kali ini bermakna untuk kita semua. Rebutlah peluang Allah bagi setahun 30 hari ini.

:)

1 comment:

gabeng said...

bubur lambuk ada jual dekat bazaar sebelah nirwana depan HUSM in kubang kerian. tak tau original tak.tapi dia kata ori.haha

btw.tiket balik raya aku lagi mahal.haha

Related Posts with Thumbnails