so........
tada!!! raya haji kalini, aku dengan housemates aku buat nasi dagang..hehe..
tapi agak banyak dugaan la bila nak buat nasi dagang ni..haha..
- bila dah ready nak start masak, dapur aku pulak bocor..so, solution, pinjam dapur jiran @ Syaza..
- bila dalam 5 minit pinjam dapur Syaza, AKU TEROSAKKAN DAPUR BELIAU..haha..apa jenis kerosakan? hehe..biarlah rahsia..tapi apa punya anak dara la aku ni kan..sangat 'hebat' memasak sampai rosak dapur..aiyoo..solution, pinjam dapur jiran @ Kak Mardiah..
- masak dan masak dan masak daripada selepas subuh..tamat pukul 8 pagi..*ini bukan masalah..saja je nak bagitau*
- bila pukul 12 lebih, kawan aku dan kawan-kawan housemates, datang makan, nasi yang dimasak hampir habis..solution, rendam beras and beras pulut cepat-cepat..dan kukus nasi..
- bila tengok kuah, ikan tongkol macam dah nak habis juga..so does other ingredient seperti santan, gula, timun untuk acar, dll..padahal kawan housemates masih ada lagi yang belum datang makan..solution, aku cepat-cepat pergi Jatos beli barang..balik, terus masak lagi..
- balik, gas pula habis..lari pergi kedai pakcik yang ada anak comel tu..beli gas..hehe..
- ok sambung masak and kukus nasi..bila dah petang, nasi dagangku hampir habis..gumbira hati..hehe
terima kasih juga kepada housemates, Badihah, Nimy and the lovely Miss Kay sebab banyak membantu..
so, Raya Haji aku tahun ok..tahun ni MB Perlis and Mufti Perli, Dr Asri, datang beraya kat sini..pergghh..kutbah raya Dr Asri serius best..bergenang air mata aku..seriuss..eh..ada masuk dalam surat khabar kat Malaysia tak muka aku? hehe..sebab bila wartawan datang je bawa camera, aku pon mencapubkan muka cute aku ni kat camera dorang..haha..best betul..
plus, kambing yang dimasak untuk jamuan raya tu sangat sedap..aku sangat suka daging kambing!
here i include some pics ye..

dengan my cos-mates and juniors
after sembahyang raya with the VIPs..cuba cari mana aku, kalau korang rajin
dengan my housemates..Nimy, Me, Miss Kay, Badihah
the clique 6..bday girl yang duduk atas lantai tu..muka aku, muka penat..
blog aku takkan lengkap tanpa gambar narsis ku..haha..so, ...
notakelakar : ada kawan FKG kata aku punya nasi dagang sedap..nanti boleh kahwin dengan orang Terengganu..ada ke patut..i nak kahwin dengan Taylor Lautner je tau!!!
notetoself : rasa sangat happy bila masak, orang makan, orang puji..rasa macam dah dewasa..hehe..
notetomyfamily : mesti rasa nak puji Nurul kan? puji la..jangan segan-segan..hehe..
fyi : badan aku sangat penat sekarang ni..nak terpejam je mata aku..penat memasak..hihi..
fyilagi : oh lupa..28Nov, birthday my friend, Fatihah! happy 21st bday tehah!!
notesaja-saja : setiap masalah ada penyelesaian..ingat ye kawan-kawan..
eh!! : gambar nasi dagang takde!! sebab sibuk buat, sibuk makan, sibuk layan kawan, sibuk kepenantan..bila nasi dagang dah habis baru aku teringat nak tangkap gambar..hehe..











